Sangat lama tidak mengupdatekan blog.Mungkin disebabkan kekangan masa dan kebizian melampau .huhu..pejam pelik pejam celik sudah 4 hari umat islam berpuasa. Tahun ini ibadah puasa dilakukan sepenuhnya dirumah . Alhamdullillah. Nikmat berpuasa di rumah sangatlah terasa.
Tapi ahli keluarga tetap kurang seorang . Tahun lepas aku yang tidak berpeluang berbuka dan bersahur di rumah dan tahun ini giliran abang aku. Tidak mengapa , kami menunggu tanggal 29 Julai ini.. Janji 1 syawal semua anggota keluarga ada. :)
Sambutan bulan ramadhan di kampung tersangat 'best' . Suasana itu terasa . Bila sahur , rumah mesti riuh , upacara kejut mengejut akan berlansung . sangat 'gegam'..hahaha,,dan ternyata suara aku yang berjaya mengejutkan seisi rumahku..haha,,Sangat susah mengejutkan adik-adik ku ( umi ckp aku pon lebih kurang :). Bila pagi , suasana sdikit sunyi , adik-adik ke sekolah , mak cik- makcik akan berkumpul menunggu pak cik yang menjual ikan dan aku setia dengan aktiviti aku iaitu Tido..ngee :D
..bila menjelang tengahari , rumah akan sedikit bising , adik-adik pulang dari sekolah dan pada waktu itu , akan bermulalah karenah adikku yang paling bongsu . Perkataan lapar , letih , dahaga , makin kurus dan sewaktu dengannya tidak pernah lekang dari mulutnya. Aku selaku kakak yang baik akan membalasnya dengan jelingan manja yang sangat tajam. hahaha..
Petang pula , kami akan berkumpul di dapur , masak-masak juadah berbuka dan part yang paling best pada waktu petang ialah bertukar juadah dengan jiran-jiran , sedekahkan sedikit lauk pauk , kuih dan sebagainya. Waktu berbuka adalah waktu yang paling ditunggu2. Masing-masing sudah tidak kisahkan apa-apa kecuali makanan di depan mata. bunyi jer azan magrib ,adik bongsuku akan mengetuai bacaan doa dan terus ngapp ..haha.
.lepas siap solat magrib ,kami akan siap-siap pergi terawih , sangat riuh , jalan xpernah sunyi , kami , jiran-jiran akan sama-sama jalan kaki ke masjid , budak-budak sibuk main mercun , kedai-kedai jual 'colek' penuh..huhu,,Bulan ramadhan yang sangat meriah !!
Harapan agar , ibadah puasa tahun ini dapat dilakukan dengan sebaik mungkin . Kalau boleh tak nak tinggal terawih ~ sudah janji dengan diri sendiri *kecuali tidak diizinkan Allah~insyaallah.. Semoga ramadhan kali ini lebih sempurna dan lebih diberkati Allah. Amin..
untuk anda semua : : selamat berpuasa !!

p/s : baju raya dah siap , list untuk buat biskut raya dah buat , bajet tuk open house rumah mek dah buat ..ngee :)
Tahun ni dikhabarkan open house kat rumah x buat sbb nenek aku excited nak buat open house jgk (-_-")
No comments:
Post a Comment