Kehilangan

Malam ni  , tengah-tengah lepak sorang diri , ditemani tv dan lappy tercinta,,sangat-sangat boring , lalu ku capai remote control di hadapan ku . .tekan channel KBS xbest , Diva pon x ,AXN pon xder .. Ceria lagi la..last-last aku tgk tV3 ..time tu program Singgah Sahur tgh on air..aku nampak macam best jer,,nampak ramai-ramai , nampak Zoey , Dafi , artis jambu2 ramai..huhu..perisian xtengok lagi ..


Lama-lama baru aku sedar , program singgah sahur tu diadakan di rumah anak-anak yatim yang ditimpa kejadian tanah runtuh di Hulu Langat , Selangor pada bulan Mei baru-baru ni. Bila tengok adik-adik tu , tiba-tiba sebak meruntun jiwa . Sangat sedih tengok wajah-wajah mereka . 

Terpikir bagaimana mereka meneruskan kehidupan..Mula-mula diuji dengan kehilangan kedua ibu-bapa , lepas tu , bila dah sesuaikan diri di rumah anak yatim , dah dapat kawan-kawan yang baik ,sentiasa bersama ke mana sahaja. Mereka diuji lagi , di uji dengan kehilangan. Kehilangan insan-insan yang pernah menjadi penguat mereka , yang pernah menaikkan semangat mereka ketika mereka jatuh , yang pernah memberi warna kepada kehidupan mereka .  Bayangkan dalam sekelip mata , mereka hilang semuanya. Ada yang hilang adik , abang , kawan baik , ada yang hilang anggota badan..Sedihkan??Sangat terharu tengok kekuatan mereka , menempuhi kehidupan seterusnya ...








                                                                                

Al Fatihah untuk mereka yang Pergi ..
Semoga yang masih hidup terus diberikan kekuatan .Amin...

1 comment:

  1. sesungguhnya...insan yg dikasihi oleh Allah ialah insan yg sentiasa diuji dgn pelbagai ujian terhadap dirinya..moga kita tabah mengharungi dugaan dan cabaran hidup di bumi Allah ini :)

    ReplyDelete

tintabicarasarah.blogspot.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...