Bulan Ramadhan bakal melabuhkan tirai . Sekejap je kan. Rasa-rasa baru hari pertama berpuasa. Masih ada beberapa hari lagi untuk menyambut kedatangan Syawal . 10 malam terakhir ini lah malam-malam yang ditunggu dan dinantikan oleh umat islam . Dalam malam-malam ini adanya satu malam yang sangat berkat , iaitu malam Lailatulqadar . Pada malam ini pintu-pintu langit luas terbuka , malaikat turun dan segala doa akan dimakbulkan. Insyaallah. Umat Islam berusaha untuk merebutnya . Pahala pada malam ini adalah berganda iaitu pahala seperti mengerjakan ibadah selama 1000 bulan. Subhanallah..
Pohon pada Allah semoga kami sekeluarga diampunkan dosa , dipanjangkan umur , dimurahkan rezeki , diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan.. amin..
Raya 10 hari lagi , ini bermakna 16 hari lagi aku berada di rumah ..waaaaaaaaaaaaaaaa , tak nak balik sana !!!
.. asal tgk tiket mesti nak demam ! !
No comments:
Post a Comment