Malam raya


Malam ni malam raya .. Setelah sebulan berpuasa , hari kemenangan tiba..yeah !! ..semuanya nampak ceria , tambah-tambah budak-budak..walawehh , hepi giler diorang .. adik bongsu aku Mek yah  boleh dijadikan bukti..Pukul 1 pagi xtido ag ,, gi mari gi mari , n siap kacau aku buat biskut ..excited nak celeb raya..okey , biskut last aku malam ni ialah comot chocolate cookies..haha

ok , lepas siap biskut dan kemas-kemas dapor ckit ,aku masuk bilik n on fb..tiba-tiba , mood yg tengah hepi-hepi , excited-excited ni disepoikan oleh ORANG INI  ..sedikit terasa hati dgn tindakan dia  , sebab apa tu biarlah , aku xnak kecoh-kecoh..tapi ,apa yang aku tahu ..dia lupa aku , tak ingat aku ..urm , tidak mengapalah..aku tahu aku bukan sahabat yang baik..kita sedar siapa kita , sangat tidak penting untuk anda *..terasa terpinggir * ..weh Sarah ,,xmau tacim-tacim okey,,malam ni malam raya..chill-chill ~ 
( mesti korang tekan-tekan perkataan ORANG INI kan..) haha

btw , hari ini keluarga kami complete .. haha , kami menyambut kepulangan orang jauh .. tepat jam 5.30 petang tadi , abang aku selamat sampai kat Malaysia ..Alhamdullillah ,,syukur..sempat berbuka bersama walau sehari saja..haha,,terima kasih untuk sourveniur yang diberi..ngee = )

seyes , aku dah lama mengidam t-shirt i love paris ni

Thank you Abe

okey , untuk anda semua :
Salam Aidilfitri
 ku susun sepuluh jari ku di atas key board ini untuk memohon ampun dan maaf  
sekiranya aku : 

> terkasar bahasa ,
>  tersilap bicara ,
> ter 'stalk ' anda punya blog or fb ,
> terkomen apa-apa yang tidak patut ,
> terbuat anda tacim
> terbuat anda rasa meluat ,
> terbuat anda rasa menyampah
> terbuat anda rasa nak marah
> terbuat anda rasa nak lempang diri sendiri dan orang sekeliling
> terbuat anda berasa 'terasa' 
> terbuat anda berasa tertipu
 > dan segala macam 'ter' lagi

seyes , aku hanya insan yang lemah yang tidak lepas dari kekurangan.. pohon ampun dan maaf ~

say : pagi ni , kami semua akan beraya dengan warna hijau pilihan big bos besar kami ~

p/s : dalam kita bergembira , perlu ingat pada mereka yang sedang berdukacita ~

...  Selamat   Hari   Raya  ...

Memori Kad Raya


 Hai anda , hahahaha..tergelak plak .. ini gara-gara terbaca kad-kad raya yang lepas-lepas yang telah renyuk-renyuk ditelan habuk-habuk yang lebat-lebat..haha.. Tadi tengah kemas-kemas buku dalam bilik terjumpa kad-kad raya ini...hoho , sangat mengamit kenangan okey..Disebabkan takut kad-kad raya ini hilang , aku buat satu entri khas..haha,,

aneka juadah kad raya..

salah satu ayat dalam kad raya - from kak nor

daripada Mc teh

from mc na

4 tahun berturut-turut dan sampai sekarang memegang title ni ~
from guwo 

hahaha..nyo molek

 kami memang kembar !!

dulu aku nger tikah kecek sayo awok ko?? geli weh..haha


 Konflik 1

  aku n ila aka medu, baju , tudung sokmo serupo ..hahaha

sori,sesetengah perkataan terpaksa dihitamkan 
kata orang-orang tua , benda lepas jangan dikenang ~


kad raya ni ada lagu..terima kasih =)

konflik 2..haha.. Nisa tow , ingat dop , ingat dop? haha,
pesanan dari  Hanis


haha,, kad raya ni ada lagu.. lagu ni dicipta khas untuk aku ..disebabkan gambar blur , aku post lagunya :
  
Disini Sarah dan Tiyah ..
terbiasa bersama..
 menjalani persahabatan..
Bahagia di kelas 4 budi 1..
 Pernahkah kau menguntai..hari yang paling mulia..
Sarah ukir nama Tiyah dan Sarah..
disini.. di kelas 4 budi 1 ..
 Bila Sarah raso nok bagi duit raya..
sebab hari rayo nop koho dekat 
sebisa mungkin 
tiyah nop mitok ampun dan maap andai terkasar bahasoooo!!
ooooohh , MY PREND !!!hakhak

hahaha , terbaik wok!!


bait - bait kata ini buat aku tacim :

Sahabat ku , 
kini kita terpisah jauh di haluan yang berbeza
demi mencapai sebuah cita-cita
walaupun jauh kita melangkah
namun hati ini tidak pernah terpisah
nun jauh di lubuk hati , 
kau tetap aku ingati ..

kredit buat Nur Hazila Adnan
 walaupun , kita di haluan masing-masing namun kita tetap sahabat baik untuk selamanya
janji!!

tringat kat usm ade satu lagi kad raya pemberian mami..huhu = )

Itu antara kad-kad raya yang dapat dipublish , ade lagi..tapi line menyepoikan segala-segalanya..haha..btw hari ini hari ke 27 umat islam berpuasa..ada lagi 3 hari.. haha , so ,untuk anda :

... Selamat    Hari    Raya ...




10 Malam Terakhir Ramadhan


Bulan Ramadhan bakal melabuhkan tirai . Sekejap je kan. Rasa-rasa baru hari pertama berpuasa. Masih ada beberapa hari lagi untuk menyambut kedatangan Syawal . 10 malam terakhir ini lah malam-malam yang ditunggu dan dinantikan oleh umat islam . Dalam malam-malam ini adanya satu malam yang sangat berkat , iaitu malam Lailatulqadar . Pada malam ini pintu-pintu langit luas terbuka , malaikat turun dan segala doa akan dimakbulkan. Insyaallah. Umat Islam berusaha untuk merebutnya . Pahala pada malam ini adalah berganda iaitu pahala seperti mengerjakan ibadah selama 1000 bulan. Subhanallah..

Pohon pada Allah semoga kami sekeluarga diampunkan dosa , dipanjangkan umur , dimurahkan rezeki , diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan.. amin..





Raya 10 hari lagi , ini bermakna 16 hari lagi aku berada di rumah ..waaaaaaaaaaaaaaaa , tak nak balik sana !!!

..  asal   tgk   tiket  mesti   nak   demam  !  !

Kehilangan

Malam ni  , tengah-tengah lepak sorang diri , ditemani tv dan lappy tercinta,,sangat-sangat boring , lalu ku capai remote control di hadapan ku . .tekan channel KBS xbest , Diva pon x ,AXN pon xder .. Ceria lagi la..last-last aku tgk tV3 ..time tu program Singgah Sahur tgh on air..aku nampak macam best jer,,nampak ramai-ramai , nampak Zoey , Dafi , artis jambu2 ramai..huhu..perisian xtengok lagi ..


Lama-lama baru aku sedar , program singgah sahur tu diadakan di rumah anak-anak yatim yang ditimpa kejadian tanah runtuh di Hulu Langat , Selangor pada bulan Mei baru-baru ni. Bila tengok adik-adik tu , tiba-tiba sebak meruntun jiwa . Sangat sedih tengok wajah-wajah mereka . 

Terpikir bagaimana mereka meneruskan kehidupan..Mula-mula diuji dengan kehilangan kedua ibu-bapa , lepas tu , bila dah sesuaikan diri di rumah anak yatim , dah dapat kawan-kawan yang baik ,sentiasa bersama ke mana sahaja. Mereka diuji lagi , di uji dengan kehilangan. Kehilangan insan-insan yang pernah menjadi penguat mereka , yang pernah menaikkan semangat mereka ketika mereka jatuh , yang pernah memberi warna kepada kehidupan mereka .  Bayangkan dalam sekelip mata , mereka hilang semuanya. Ada yang hilang adik , abang , kawan baik , ada yang hilang anggota badan..Sedihkan??Sangat terharu tengok kekuatan mereka , menempuhi kehidupan seterusnya ...








                                                                                

Al Fatihah untuk mereka yang Pergi ..
Semoga yang masih hidup terus diberikan kekuatan .Amin...

Senyum ..


Senyum : 
   ia sederhana tetapi dasyat luar biasa , 
   ia kecil tetapi bermakna , 
   ia mudah tetapi sangat berharga . 

Senyum ni banyak kategori , ada senyum gembira , senyum sedih , senyum menyindir , senyum bahagia , senyum kecewa , senyum sinis , senyum bangga , manja, aishh,,banyak sangat . Ahli saintis mendapati , senyum merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman dimana ia dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada tubuh badan dan juga otak. 

okey , mukadimahnya sudah cukup , kepada anda n juga diri sendiri..tolonglah senyum yer.. Senyuman yang paling indah ialah senyuman dari hati yang ikhlas . Senyuman tu yang boleh jadi penawar , pengubat luka , penambat kasih sayang . Boleh juga memberi kebahagian . Ia percuma tetapi sangat bernilai. 

untuk anda yang sudah lain : kita sama-sama diamkan , terbaik.. , anda remove fb anda dari fb sayakan..owh , sangat2 terbaik !!xape , saya xnak kata anda pengecut , penakut , dan da*us,,saya xnak kata , xnak kata .. opss,,ayat ini tidak berkaitan dengan tajuk entri ( abaikan)..

berbalik kepada tajuk entri , untuk anda semua , senyumlah.. bila jumpa , senyumlah sedikit kerana ia satu sedekah , Sedekah dapat pahala tau , so , senyumlah . .tapi ingat senyum pon kena bertempat..huhu.. Kalau saya senyum  , anda mesti senyum sekali . ngee :)



okey eberybodi :

Say     Cheeessss
ok , anda dah tersenyum ,haha.. sangat cantik !!

Meminta juga susah



Rupa - rupa nya meminta juga merupakan sesuatu perkara yang amat susah . Ingatkan memberi saja yang susah . Baru tahu apa perasaan orang yang benar-benar memerlukan , baru tahu  perasaan kecewa , baru tahu  perasaan malu bila sesuatu yang diminta tidak diberi . Padahal ia untuk kepentingan bersama bukan peribadi. Benda yang senang tetapi ia disulitkan sehingga menjadi bertambah sulit . Sungguh , aku sangat kecewa . 

Tapi tidak mengapalah , unsur paksaan tidak boleh ada , positifkan minda  , fahami keadaan  . Semoga terus dibekalkan kesabaran . 



meminta susah , memberi pon susah . . .

..  muka    tEbal ..

Ramadhan Kareem



Sangat lama tidak mengupdatekan blog.Mungkin disebabkan kekangan masa dan kebizian melampau   .huhu..pejam pelik pejam celik sudah 4 hari umat islam berpuasa. Tahun ini ibadah puasa dilakukan sepenuhnya dirumah . Alhamdullillah. Nikmat berpuasa di rumah sangatlah terasa. 

Tapi ahli keluarga tetap kurang seorang . Tahun lepas aku yang tidak berpeluang berbuka dan bersahur di rumah dan tahun ini giliran abang aku. Tidak mengapa , kami menunggu tanggal 29 Julai ini.. Janji 1 syawal semua anggota keluarga ada. :)

Sambutan bulan ramadhan di kampung tersangat 'best' . Suasana itu terasa . Bila sahur , rumah mesti riuh , upacara kejut mengejut akan berlansung . sangat 'gegam'..hahaha,,dan ternyata suara aku yang berjaya mengejutkan seisi rumahku..haha,,Sangat susah mengejutkan adik-adik ku ( umi ckp aku pon lebih kurang :). Bila pagi , suasana sdikit sunyi , adik-adik ke sekolah  , mak cik- makcik akan berkumpul menunggu pak cik yang menjual ikan dan aku setia dengan aktiviti aku iaitu Tido..ngee :D

..bila menjelang tengahari , rumah akan sedikit bising , adik-adik pulang dari sekolah dan pada waktu itu , akan bermulalah karenah adikku yang paling bongsu . Perkataan lapar , letih , dahaga , makin kurus dan sewaktu dengannya tidak pernah lekang dari mulutnya. Aku selaku kakak yang baik akan membalasnya dengan jelingan manja yang sangat tajam. hahaha.. 

Petang pula , kami akan berkumpul di dapur , masak-masak juadah berbuka dan part yang paling best pada waktu petang ialah  bertukar juadah dengan jiran-jiran , sedekahkan sedikit lauk pauk , kuih dan sebagainya. Waktu berbuka adalah waktu yang paling ditunggu2. Masing-masing sudah tidak kisahkan apa-apa kecuali makanan di depan mata. bunyi jer azan magrib ,adik bongsuku akan mengetuai bacaan doa dan terus ngapp ..haha.

.lepas siap solat magrib ,kami akan siap-siap pergi terawih , sangat riuh , jalan xpernah sunyi , kami  , jiran-jiran akan sama-sama jalan kaki ke masjid , budak-budak sibuk main mercun , kedai-kedai jual 'colek' penuh..huhu,,Bulan ramadhan yang sangat meriah !!

Harapan agar , ibadah puasa tahun ini dapat dilakukan dengan sebaik mungkin . Kalau boleh tak nak tinggal terawih ~ sudah janji dengan diri sendiri *kecuali tidak diizinkan Allah~insyaallah.. Semoga ramadhan kali ini lebih sempurna dan lebih diberkati Allah. Amin..

untuk anda semua : : selamat berpuasa !!



 p/s :  baju raya dah siap , list untuk buat biskut raya dah buat , bajet tuk open house rumah mek dah buat ..ngee :)

Tahun ni dikhabarkan open house kat rumah x buat sbb nenek aku excited nak buat open house jgk (-_-") 
tintabicarasarah.blogspot.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...