~ diam ~

Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi komen..
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam menegur..
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi nasihat..
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memprotes..
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam persetujuan..

tapi..

Biarlah DIAM kita mereka faham ertinya..
Biarlah DIAM kita mereka terkesan maknanya..
Biarlah DIAM kita mereka maklum maksudnya..
Biarlah DIAM kita mereka terima tujuannya..

kerana..

DIAM kita mungkin disalah tafsir
DIAM kita mungkin mengundang syak wasangka
DIAM kita mungkin disilap terjemah..
DIAM kita mungkin tidak membawa apa-apa maksud..

maka..

jika kita merasakan DIAM itu terbaik..
seharusnya kita DIAM..
namun seandainya DIAM kita bukanlah sesuatu yang bijak..
berkatalah sehingga mereka DIAM~~




p/s: okey  , lebih baik diam saja..

TEKANAN !



okey , kerja terlampau banyak sampai tak tahu nak start dari mana . Sakit kepala + serabut + tertekan dan RINDU .. 


say : wanna back home right now :(

Sangat tidak stabil


Emosi sangat tidak stabil . Mungkin sebab terlalu banyak yang perkara yang perlu difikirkan , ditambah dengan masalah-masalah yang sangat membebankan atau mungkin kerana terlalu banyak mejaga hati orang lain sehingga hati sendiri tidak terjaga. seyes , hati sekarang berada dalam keadaan yang sangat kritikal. Mudah terguris , mudah sentap . Sangat-sangat TERASA dengan tindakan anda . Sanggup hilang kawan kerana cinta bodoh anda . Terbaik lah!!..

okey , text kau sebentar tadi berjaya buat aku nangis ..Aku Tak Perlu Kata MAAF ..

Terima kasih kerana pernah menjadi sebahagian dari hidup ini .

p/s : mahu lari jauh-jauh ..


                                                       



mula merindui

 mula merindui mereka..rindu gelagat mereka , ragam mereka dan gaduh kami .okey , aku mengaku aku anak manja .. fullstop.

says : kalau ada sayap kan best = )


p/s : kesabaran pasti membuahkan kemanisan .. 



Aidilfitri Kami


Yeay!! Aidilfitri datang lagi .. masuk hari ni dah masuk seminggu kita beraya .. Alhamdullillah. raya kami tahun ini hijau , hijau , dan hijau..itu warna pilihan ketua keluarga kami , Incik Zuri kami..sama sedodol kami semua..haha

Raya tahun ni sangat best , famili kami complete , yang jauh pulang ke kampung ,yang dekat terus berada lebih dekat .. 
okey , nie cerita raya kami :

Raya Pertama : 
Solat Aidilfitri  , slot klik-klik bergambar dan slot kami berkumpul di rumah nenek-nenek , ziarah kubur , layan budak2 nak duit raya..haha ,

Raya Kedua : 
 open house mak sedara dan petang aku bersama Lilie dan Ruhil menerjah rumah-rumah yang buat open house tanpa rasa malu ..haha 

Raya Ketiga :
  open house rumah nenek  ,Juadah macam biasa tapi tahun ini tiada Nasi Arab , ramai yang frust di situ ..haha..xper , tahun depan insyaallah ada ..btw , terima kasih kepada yang sudi datang , haha , sangat meriah dengan korang..tahun depan datang lagi yer ..

Raya Keempat :
open house rumah pak sedara dan masih menghadiri open house , open house  , open house lagi dan lagi

Raya Kelima :
 SSB time !! gathering raya di Pantai Tok Bali , ,Juadah kami disponsor oleh kami sendiri..haha

Raya keenam :
 menziarahi saudara mara yang jauh ,,lambat sedikit ,, ni gara-gara keadaan trafik yang sangat teruk..haha

kami <3

haha ,tumbuk c.wan..

peace !!

yg perempuan pandang sana , yang laki pandang depan

adik beradik <3

duit rayer

makan lagi

anda berdua satu-satunya

lagi makan

cantik !!

kami

kami lagi <3

mek <3


hanya sedikit gambar yang dapat dipublish ..line jem!!..haha ..btw , raya tahun ni sangat best ..malam besok balik penang , seyes..sangat tak mahu dan tak nak balik sana .

says : raya-raya buat berat makin naik ..

untuk anda :

 ..  Salam   Syawal ..




Malam raya


Malam ni malam raya .. Setelah sebulan berpuasa , hari kemenangan tiba..yeah !! ..semuanya nampak ceria , tambah-tambah budak-budak..walawehh , hepi giler diorang .. adik bongsu aku Mek yah  boleh dijadikan bukti..Pukul 1 pagi xtido ag ,, gi mari gi mari , n siap kacau aku buat biskut ..excited nak celeb raya..okey , biskut last aku malam ni ialah comot chocolate cookies..haha

ok , lepas siap biskut dan kemas-kemas dapor ckit ,aku masuk bilik n on fb..tiba-tiba , mood yg tengah hepi-hepi , excited-excited ni disepoikan oleh ORANG INI  ..sedikit terasa hati dgn tindakan dia  , sebab apa tu biarlah , aku xnak kecoh-kecoh..tapi ,apa yang aku tahu ..dia lupa aku , tak ingat aku ..urm , tidak mengapalah..aku tahu aku bukan sahabat yang baik..kita sedar siapa kita , sangat tidak penting untuk anda *..terasa terpinggir * ..weh Sarah ,,xmau tacim-tacim okey,,malam ni malam raya..chill-chill ~ 
( mesti korang tekan-tekan perkataan ORANG INI kan..) haha

btw , hari ini keluarga kami complete .. haha , kami menyambut kepulangan orang jauh .. tepat jam 5.30 petang tadi , abang aku selamat sampai kat Malaysia ..Alhamdullillah ,,syukur..sempat berbuka bersama walau sehari saja..haha,,terima kasih untuk sourveniur yang diberi..ngee = )

seyes , aku dah lama mengidam t-shirt i love paris ni

Thank you Abe

okey , untuk anda semua :
Salam Aidilfitri
 ku susun sepuluh jari ku di atas key board ini untuk memohon ampun dan maaf  
sekiranya aku : 

> terkasar bahasa ,
>  tersilap bicara ,
> ter 'stalk ' anda punya blog or fb ,
> terkomen apa-apa yang tidak patut ,
> terbuat anda tacim
> terbuat anda rasa meluat ,
> terbuat anda rasa menyampah
> terbuat anda rasa nak marah
> terbuat anda rasa nak lempang diri sendiri dan orang sekeliling
> terbuat anda berasa 'terasa' 
> terbuat anda berasa tertipu
 > dan segala macam 'ter' lagi

seyes , aku hanya insan yang lemah yang tidak lepas dari kekurangan.. pohon ampun dan maaf ~

say : pagi ni , kami semua akan beraya dengan warna hijau pilihan big bos besar kami ~

p/s : dalam kita bergembira , perlu ingat pada mereka yang sedang berdukacita ~

...  Selamat   Hari   Raya  ...

Memori Kad Raya


 Hai anda , hahahaha..tergelak plak .. ini gara-gara terbaca kad-kad raya yang lepas-lepas yang telah renyuk-renyuk ditelan habuk-habuk yang lebat-lebat..haha.. Tadi tengah kemas-kemas buku dalam bilik terjumpa kad-kad raya ini...hoho , sangat mengamit kenangan okey..Disebabkan takut kad-kad raya ini hilang , aku buat satu entri khas..haha,,

aneka juadah kad raya..

salah satu ayat dalam kad raya - from kak nor

daripada Mc teh

from mc na

4 tahun berturut-turut dan sampai sekarang memegang title ni ~
from guwo 

hahaha..nyo molek

 kami memang kembar !!

dulu aku nger tikah kecek sayo awok ko?? geli weh..haha


 Konflik 1

  aku n ila aka medu, baju , tudung sokmo serupo ..hahaha

sori,sesetengah perkataan terpaksa dihitamkan 
kata orang-orang tua , benda lepas jangan dikenang ~


kad raya ni ada lagu..terima kasih =)

konflik 2..haha.. Nisa tow , ingat dop , ingat dop? haha,
pesanan dari  Hanis


haha,, kad raya ni ada lagu.. lagu ni dicipta khas untuk aku ..disebabkan gambar blur , aku post lagunya :
  
Disini Sarah dan Tiyah ..
terbiasa bersama..
 menjalani persahabatan..
Bahagia di kelas 4 budi 1..
 Pernahkah kau menguntai..hari yang paling mulia..
Sarah ukir nama Tiyah dan Sarah..
disini.. di kelas 4 budi 1 ..
 Bila Sarah raso nok bagi duit raya..
sebab hari rayo nop koho dekat 
sebisa mungkin 
tiyah nop mitok ampun dan maap andai terkasar bahasoooo!!
ooooohh , MY PREND !!!hakhak

hahaha , terbaik wok!!


bait - bait kata ini buat aku tacim :

Sahabat ku , 
kini kita terpisah jauh di haluan yang berbeza
demi mencapai sebuah cita-cita
walaupun jauh kita melangkah
namun hati ini tidak pernah terpisah
nun jauh di lubuk hati , 
kau tetap aku ingati ..

kredit buat Nur Hazila Adnan
 walaupun , kita di haluan masing-masing namun kita tetap sahabat baik untuk selamanya
janji!!

tringat kat usm ade satu lagi kad raya pemberian mami..huhu = )

Itu antara kad-kad raya yang dapat dipublish , ade lagi..tapi line menyepoikan segala-segalanya..haha..btw hari ini hari ke 27 umat islam berpuasa..ada lagi 3 hari.. haha , so ,untuk anda :

... Selamat    Hari    Raya ...




10 Malam Terakhir Ramadhan


Bulan Ramadhan bakal melabuhkan tirai . Sekejap je kan. Rasa-rasa baru hari pertama berpuasa. Masih ada beberapa hari lagi untuk menyambut kedatangan Syawal . 10 malam terakhir ini lah malam-malam yang ditunggu dan dinantikan oleh umat islam . Dalam malam-malam ini adanya satu malam yang sangat berkat , iaitu malam Lailatulqadar . Pada malam ini pintu-pintu langit luas terbuka , malaikat turun dan segala doa akan dimakbulkan. Insyaallah. Umat Islam berusaha untuk merebutnya . Pahala pada malam ini adalah berganda iaitu pahala seperti mengerjakan ibadah selama 1000 bulan. Subhanallah..

Pohon pada Allah semoga kami sekeluarga diampunkan dosa , dipanjangkan umur , dimurahkan rezeki , diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan.. amin..





Raya 10 hari lagi , ini bermakna 16 hari lagi aku berada di rumah ..waaaaaaaaaaaaaaaa , tak nak balik sana !!!

..  asal   tgk   tiket  mesti   nak   demam  !  !

Kehilangan

Malam ni  , tengah-tengah lepak sorang diri , ditemani tv dan lappy tercinta,,sangat-sangat boring , lalu ku capai remote control di hadapan ku . .tekan channel KBS xbest , Diva pon x ,AXN pon xder .. Ceria lagi la..last-last aku tgk tV3 ..time tu program Singgah Sahur tgh on air..aku nampak macam best jer,,nampak ramai-ramai , nampak Zoey , Dafi , artis jambu2 ramai..huhu..perisian xtengok lagi ..


Lama-lama baru aku sedar , program singgah sahur tu diadakan di rumah anak-anak yatim yang ditimpa kejadian tanah runtuh di Hulu Langat , Selangor pada bulan Mei baru-baru ni. Bila tengok adik-adik tu , tiba-tiba sebak meruntun jiwa . Sangat sedih tengok wajah-wajah mereka . 

Terpikir bagaimana mereka meneruskan kehidupan..Mula-mula diuji dengan kehilangan kedua ibu-bapa , lepas tu , bila dah sesuaikan diri di rumah anak yatim , dah dapat kawan-kawan yang baik ,sentiasa bersama ke mana sahaja. Mereka diuji lagi , di uji dengan kehilangan. Kehilangan insan-insan yang pernah menjadi penguat mereka , yang pernah menaikkan semangat mereka ketika mereka jatuh , yang pernah memberi warna kepada kehidupan mereka .  Bayangkan dalam sekelip mata , mereka hilang semuanya. Ada yang hilang adik , abang , kawan baik , ada yang hilang anggota badan..Sedihkan??Sangat terharu tengok kekuatan mereka , menempuhi kehidupan seterusnya ...








                                                                                

Al Fatihah untuk mereka yang Pergi ..
Semoga yang masih hidup terus diberikan kekuatan .Amin...

Senyum ..


Senyum : 
   ia sederhana tetapi dasyat luar biasa , 
   ia kecil tetapi bermakna , 
   ia mudah tetapi sangat berharga . 

Senyum ni banyak kategori , ada senyum gembira , senyum sedih , senyum menyindir , senyum bahagia , senyum kecewa , senyum sinis , senyum bangga , manja, aishh,,banyak sangat . Ahli saintis mendapati , senyum merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman dimana ia dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada tubuh badan dan juga otak. 

okey , mukadimahnya sudah cukup , kepada anda n juga diri sendiri..tolonglah senyum yer.. Senyuman yang paling indah ialah senyuman dari hati yang ikhlas . Senyuman tu yang boleh jadi penawar , pengubat luka , penambat kasih sayang . Boleh juga memberi kebahagian . Ia percuma tetapi sangat bernilai. 

untuk anda yang sudah lain : kita sama-sama diamkan , terbaik.. , anda remove fb anda dari fb sayakan..owh , sangat2 terbaik !!xape , saya xnak kata anda pengecut , penakut , dan da*us,,saya xnak kata , xnak kata .. opss,,ayat ini tidak berkaitan dengan tajuk entri ( abaikan)..

berbalik kepada tajuk entri , untuk anda semua , senyumlah.. bila jumpa , senyumlah sedikit kerana ia satu sedekah , Sedekah dapat pahala tau , so , senyumlah . .tapi ingat senyum pon kena bertempat..huhu.. Kalau saya senyum  , anda mesti senyum sekali . ngee :)



okey eberybodi :

Say     Cheeessss
ok , anda dah tersenyum ,haha.. sangat cantik !!

Meminta juga susah



Rupa - rupa nya meminta juga merupakan sesuatu perkara yang amat susah . Ingatkan memberi saja yang susah . Baru tahu apa perasaan orang yang benar-benar memerlukan , baru tahu  perasaan kecewa , baru tahu  perasaan malu bila sesuatu yang diminta tidak diberi . Padahal ia untuk kepentingan bersama bukan peribadi. Benda yang senang tetapi ia disulitkan sehingga menjadi bertambah sulit . Sungguh , aku sangat kecewa . 

Tapi tidak mengapalah , unsur paksaan tidak boleh ada , positifkan minda  , fahami keadaan  . Semoga terus dibekalkan kesabaran . 



meminta susah , memberi pon susah . . .

..  muka    tEbal ..

Ramadhan Kareem



Sangat lama tidak mengupdatekan blog.Mungkin disebabkan kekangan masa dan kebizian melampau   .huhu..pejam pelik pejam celik sudah 4 hari umat islam berpuasa. Tahun ini ibadah puasa dilakukan sepenuhnya dirumah . Alhamdullillah. Nikmat berpuasa di rumah sangatlah terasa. 

Tapi ahli keluarga tetap kurang seorang . Tahun lepas aku yang tidak berpeluang berbuka dan bersahur di rumah dan tahun ini giliran abang aku. Tidak mengapa , kami menunggu tanggal 29 Julai ini.. Janji 1 syawal semua anggota keluarga ada. :)

Sambutan bulan ramadhan di kampung tersangat 'best' . Suasana itu terasa . Bila sahur , rumah mesti riuh , upacara kejut mengejut akan berlansung . sangat 'gegam'..hahaha,,dan ternyata suara aku yang berjaya mengejutkan seisi rumahku..haha,,Sangat susah mengejutkan adik-adik ku ( umi ckp aku pon lebih kurang :). Bila pagi , suasana sdikit sunyi , adik-adik ke sekolah  , mak cik- makcik akan berkumpul menunggu pak cik yang menjual ikan dan aku setia dengan aktiviti aku iaitu Tido..ngee :D

..bila menjelang tengahari , rumah akan sedikit bising , adik-adik pulang dari sekolah dan pada waktu itu , akan bermulalah karenah adikku yang paling bongsu . Perkataan lapar , letih , dahaga , makin kurus dan sewaktu dengannya tidak pernah lekang dari mulutnya. Aku selaku kakak yang baik akan membalasnya dengan jelingan manja yang sangat tajam. hahaha.. 

Petang pula , kami akan berkumpul di dapur , masak-masak juadah berbuka dan part yang paling best pada waktu petang ialah  bertukar juadah dengan jiran-jiran , sedekahkan sedikit lauk pauk , kuih dan sebagainya. Waktu berbuka adalah waktu yang paling ditunggu2. Masing-masing sudah tidak kisahkan apa-apa kecuali makanan di depan mata. bunyi jer azan magrib ,adik bongsuku akan mengetuai bacaan doa dan terus ngapp ..haha.

.lepas siap solat magrib ,kami akan siap-siap pergi terawih , sangat riuh , jalan xpernah sunyi , kami  , jiran-jiran akan sama-sama jalan kaki ke masjid , budak-budak sibuk main mercun , kedai-kedai jual 'colek' penuh..huhu,,Bulan ramadhan yang sangat meriah !!

Harapan agar , ibadah puasa tahun ini dapat dilakukan dengan sebaik mungkin . Kalau boleh tak nak tinggal terawih ~ sudah janji dengan diri sendiri *kecuali tidak diizinkan Allah~insyaallah.. Semoga ramadhan kali ini lebih sempurna dan lebih diberkati Allah. Amin..

untuk anda semua : : selamat berpuasa !!



 p/s :  baju raya dah siap , list untuk buat biskut raya dah buat , bajet tuk open house rumah mek dah buat ..ngee :)

Tahun ni dikhabarkan open house kat rumah x buat sbb nenek aku excited nak buat open house jgk (-_-") 

Allah , You created everythings .. Subhanallah ~

Look around yourselves
Can't you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony

Let's start question in ourselves
Isn't this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you're feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?

Lets start question in ourselves
Isn't this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

When a baby's born
So helpless and weak
And you're watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look quiet we'll see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Open your eyes and hearts and minds
If you just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
الحمد الله
Alhamdulillah..


~bersyukur masih dipanjangkan usia untuk menikmati keindahan ciptaan yang Maha Esa~


Rejab menutup tirai , Syaban menyusul tiba dan Ramadhan bakal menjelma , Ya Allah , panjangkan usia kami , permudahkan urusan kami dan berkatilah hidup kami . Andai hari esok ditakdirkan kematian kami , akhirkanlah umur kami dalam iman. Amin.


4 bulan berubah Karier~

fuhh,,,lama giler xupdate blog..sekarang tengah bercuti-cuti malaysia kat rumah,, 4 bulan beb!!..nikmat bersama keluarga sgt-sgt dirasai dan dalam masa itu gak terpikir nak buat sesuatu yg berfaedah dan yg pastinya boleh menjana kewangan aku..nak kerja my parents memang sangkal abis-abisan..pujuk berkali-kali pon xbagi..ishhh,,

last2,,jadi la aku pembantu rumah  n s/u bapak aku kat rumah..berubah karier,,daripada seorang pelajar jadi 'bibik'..wahh,,satu tranformasi yang baik~tapi tidak mengapalah,janji boleh menjana pendapatan kewangan..

kalimat yang paling aku anti sekarang:

BIBIK..............!!!

Aku dan dia

tajuk ke 2 MMP..

aku x suka dia..dia pernah melukakan dan menyakiti aku..smpaikan bila brhadapan dgn dia ak jadi sgt2 takut n trauma..tapi,,dia kesukaan famili ak..malah jadi sebahagian dari keluarga kami...ayah aku sgt2 sygkan dia..katanya dia adalah wasiat..seyes,,aku xsuka..kadang2,,eeii,,geram nak lempang2..tp aku ni penakut..haha..

hari2 kerja dia membingit jer..xkira siang malam..bising3!!!..kadang2 fedup jgk aku..kacau tido jer..kami xpernah serasi,,bila ak datang dia akan kejar aku,,apelagi,,lintang pukangla ak lari..disebabkan geram sgt2,,pernah aku baling selipar dkt dia..hahahaha(gelak jahat)..tapi dia byk berjasa buat family aku,,jaga rumah,jaga keselamatan,,dalam erti kata lain,,dia la pak guard rumah aku..

 skrang..aku rindu la plak kat dia,,rindu nak dgr suara dia,,rindu nak bg makan,minum dan rindu nak maki  dia...mungkin sbb jauh kup..xper la,,lepas ni,,4 bulan aku dgr dia membingit..hahaha..harap2,,dalam masa 4 bulan ni ak dapat baik2 dgn dia..tringin nak pegang2 kepala dia mcm ayah ak selalu buat..huhu..


haa,,ni la dia~

dia patut bangga sbb dah 2 kali gmbr dia msuk blog aku

p/s:kalau la dia boleh bace post nim..mesti dia terharu kan..??

~sebenarnya,,post mengenai dia ni ditulis sbb aku terlalu rindukan rumah..msuk ari ni dah 3 kali mimpi balik rumah..24 April 2011..cepatlah..~

G.A.G.A.L



kecewa+geram+marah+malu~perasaan sy ari ni,,,segala penat lelah tiada hasilnya,,ke hulu ke hilir,,ke sana ke sini,,tp xdpt ape2... sgt2 kecewa..sedih+sadis= GAGAL!!!!  xdpt menulis lagi even masih terlalu byk nak diluahkan..



.lupakan jer Sarah..itu bru permulaan,,lepas ni byk lagi,,bangun2!!!

btw,,terima kasih kpd kawan2 yg sentiasa disisi,,nasib baik kalian ada..Terima Kasih Kawan..:)

~nak tido n bangun bila dah puas tido~

jika saya ada BOIPREN...(titik 3 kali)

jikA SAYA ada boipren...(titik 3 kali)..tajuk pertama MMP..nak tulis ape ek..(mata ke atas,,tangan kat kepala n garu2)hahaha..bace je la..:)

Pertama:

nak kenalkan awak dkt famili n rakan2 ...yela,,restu tu penting,,baru la diberkati..nak sruh awak baik2 ngan mereka,,biar kamcim2 ckit..baru la best..nak dating pon senang..haha

Kedua:

 nak buat kek coklat tuk awak....:)..~kalau dpt buat sama2 lagi best~




Ketiga: 

nak awak jadi 'cikgu' saya..saya ni jenis selalu jer tersasul..dalam sehari ade je perkataan2 yg saya salah sebut..jadi,,awak boleh la jadi cikgu saya,,ajar yang mana2 perlu,,tegur bila saya buat salah..saya tau lepas ni saya jadi cikgu tapi xsalah kan kalau saya jadi anak murid awk..


nanti,,awak jadi cikgu saya..


Keempat:

 nak pergi 'hiking' dengan awak..kita daki bukit sama2..kat mana2 pon xper,,janji kita hiking sama2..bila nak trun cerun-cerun yg curam tu,,awk pimpin la saya..tkut jatuh ke,ape ke..nati susah plak..hahaha


nanti,,kita daki bukit ni sama2 yer..


Kelima:

 nak jalan-jalan tepi pantai dengan awak...dengan awak je tau...lepas tu kita sama2 tgk matahari terbenam..lepas tu kita jalan lagi,,jalan je yer..






Keenam :

 nak awak jadi Ultraman saya..nak awk selalu protect saya..manala tau ade harimau ke,buaya ke , kala jengking ke yang nak serang saya..awak boleh firekan benda2 tuh..haha

      
go awak go!!!




Ketujuh: 

nak duduk kat mana2 tempat yang tinggi dengan awk,lepas tu,,kita tgk bulan mengambang dan kira bintang same2,,,mcm Eiffel Tower ke KLCC,, Menara Kl ke,,atas pokok kelapa pon xper wak,janji tinggi..huhu


pokok kelapa pon xper wak,,janji bley kira bintang sama2..(:


Kelapan:

 nak awk sentiasa ada untuk saya n of cos la saya akan sentiasa ada untuk awk..:)




ya,,saya akan sentiasa ada utk awk..




Last sekali kan,,saya NAK SANGAT2,,sebelum saya n awak melakukan perkara kedua hingga kelapan tu kan,,saya nak sangat2 awak bawa keluarga awak datang jumpa keluarga saya,,dan bina satu ikatan yang sah..huhu..bolehkan??





ngeee..:)
p/s: perkataan boipren telah saya gantikan dgn kata ganti nama kedua iaitu 'awak'..'awak' saya ni masih tak muncul2 lagi..dan saya masih menunggu 'awak' saya ini.....dan kalau suatu hari nanti saya jumpa 'awak',,saya nak awak lah 'awak' yang TERAKHIR untuk saya...:)
 
tintabicarasarah.blogspot.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...